Hikayat Si Miskin

HIKAYAT SI MISKIN

Maharaja Angkasa Indera Dewa atau Betara Angkasa Indera Dewa turun dari Kayangan ke dunia bersama isterinya tanpa kebenaran Betara Guru, lantas disumpah menjadi sepasang suami isteri yang miskin melarat. Sebaik mendekati balai Istana Maharaja Indera Dewa di negeri Anta Beranta kerana ingin mengadap baginda, mereka dihalau dengan kayu dan batu. Terpaksa tinggal di pinggir hutan serta mencari sisa makanan dari timbunan sampah. Menemui sebiji ketupat basi dan sebuku tebu sebagai mengalas perut. Setiap hari apabila mereka mencari rezeki di mana- mana, nasib yang serupa menimpa, dihalau. Semua orang memanggil mereka Si Miskin.

Sebenarnya ketupat dan buku tebu itu ialah putera dan puteri Betara Karma Jaya yang turun ke dunia dalam bentuk demikian setelah dipuja oleh baginda, terjatuh ke dalam timbunan sampah.

Isteri Maharaja Angkasa Indera Dewa, Dewi Rencana hamil dan Maharaja Angkasa Indera Dewa menjadi semakin gusar dengan nasib mereka dan isterinya yang mengidam buah mempelam di taman Maharaja Indera Dewa. Perubahan sikap orang ramai terhadapnya menyebabkan ia mendapat banyak makanan dan buah –buahan. Namun, isterinya hanya idamkan buah mempelam di taman Maharaja Indera Dewa itu juga. Amat menghairankan apabila raja tersebut dengan senang hati memberi setangkai mempelam, kemudian pula sebiji nangka idaman isterinya.

Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki yang terlalu elok rupanya, dinamakan Marakarma. Dia membawa keluarganya berpindah ke suatu tempat. Sedang ia menggali lubang untuk mendirikan tiang, ia bertemu harta karun; tajau berisi penuh kepingan emas. Dapatlah ia membeli segala keperluannya; kaus, payung, pedang, otar –otar, keris, pelana kuda, tongkat dan kain.



Ia pulang ke rumah lalu mandi berlimau. Kemudian dipangku anaknya sampai menyeru sekira anaknya keturunan dewa, hendaklah terjadi kota istana selengkapnya di dalam hutan itu. Takdir Allah, zahirlah sebuah Negara kota yang serba lengkap dengan segala menteri, hulubalang, rakyat dan raja –raja jajahan takluknya. Si Miskin menjadi raja bergelar Maharaja Indera Angkasa dan, isterinya bergelar Tuan Puteri Ratna Dewa dan Negara ciptaan itu bernama Puspa Sari. Baginda memperoleh seorang puteri pula, dinamakan Nila Kesuma. Maharaja Indera Dewa, raja Anta Beranta dengki dengan apa dimiliki oleh Maharaja Indera Angkasa, lalu menghasut ahli nukum supaya menyatakan kedua –dua anakdanya bakal membawa kecelakaan. Mempercayainya, Maharaja Indera Angkasa lantas menghalau mereka daripada istananya. Hanya berbekalkan tujuh biji ketupat, sebentuk cincin dan sebiji gemala, kanak –kanak dua beradik menuju ke hutan.



Tuan Puteri Cahaya Khairani yang jelita itu telah diculik oleh raksasa. Ayahandanya, Maharaja Malai Kisna memerintahkan segala rakyat bala tentera mencari disegenap pelusuk negeri mereka, Mercu Indera namun gagal. Adinda Puteri Chaya Khairani, Raja Bujangga Indera berangkat ke Tasik Indera Samudera, tempat bermain segala anak dara dewa, mambang, pari dan jin untuk bertemasya sambil bertanya khabar kekandanya itu.


Tiga hari selepas Marakarma meninggalkan Puspa Sari, negeri itu hangus terbakar. Rakyat bertempiaran lari. Tinggallah ayahanda dan bondanya menjadi Si Miskin semula. Barulah disedari dirinya termakan fitnah. Marakarma turut tiba di Tasik Samudera Indera dan sempat berkenalan dengan segala anak raja dan mambang seperti Raja Makardi, Raja Cendera Lela, Raja Dikar Agas Peri dan lain –lain termasuklah Raja Bujangga Indera, adinda Puteri Cahaya Khairani. Sebelum pulang, mereka semua memberi ilmu kesaktian kepada Marakarma. Satu kejadian malang telah memisahkan mereka berdua apabila Marakarma memasuki kebun jagung orang kerana mencari api untuk membakar burung yang ditangkap. Marakarma disangka pencuri, dibelasah sehingga pengsan. Disangka mati, pekebun itu mengikat Marakarma dan dibuang ke laut. Raja Mengindera Sari, putera Maharaja Puspa Indera dari negeri Pelinggam Cahaya berburu di hutan telah menemui Puteri Nila Kesuma, dibawa pulang dan dipelihara dengan penuh kemuliaan oleh ayahanda dan bonda. Dinamakan Puteri Mayang Mengurai. Meningkat remaja, Puteri Mayang Mengurai amat jelita dan Raja Mengindera Sari menaruh hati terhadap saudara angkatnya itu. Mereka akhirnya dijodohkan.

Marakarma dihanyutkan arus terdampar di pantai berhampiran dengan gua kediaman raksasa yang menculik Puteri Cahaya Khairani. Raksasa keluar mencari makan selama tiga bulan barulah kembali semula bertanya Puteri Cahaya Khairani sama ada hati puteri itu cukup besar untuk dimakan. Dengan helah mereka berdua raksasa suami isteri terbunuh; nyanyian raksasa menyebabkan segala binatang di hutan bertempiaran jauh daripada kediaman raksasa. Terpaksalah ia pergi jauh untuk menangkap mangsanya. Marakarma menggali lubang dan menanam ranjau. Sampah dihimpun disambung dengan tali sumbu dibakar. Tiga hari kemudian, raksasa melihat api semarak di kediamannya menerpa balik lalu jatuh ke dalam lubang beranjau.

Marakarma dan Puteri Cahaya Khairani menumpang sebuah kapal seorang saudagar menuju ke negeri Pelinggam Cahaya. Puteri Cahaya yang jelita dan harta raksasa yang dibawa bersama menyebabkan Marakarma ditolak oleh nakhoda jatuh ke laut. Puteri Cahaya Khairani dikurung dan dilindung oleh jurumudi. Marakarma ditelan oleh ikan yu dibawa terdampar dekat kapal berkenaan. Burung helang meminta Nenek Kebayan membelah ikan yu dengan daun padi, lalu keluarlah Marakarma. Baginda akhirnya mengetahui bahawa Puteri Mayang Mengurai, isteri Raja Mengindera itu saudaranya dan Puteri Cahaya Khairani pula ditangan nakhoda. Nenek Kebayan menjual gubahan bunga kepada Puteri Cahaya Khairani untuk membuka rahsia di mana suaminya, Marakarma berada. Satu jamuan diadakan oleh raja untuk meraikan saudagar dan ‘isteri’ yang berakhir dengan tertangkap nakhoda apabila Marakarma muncul dengan penuh kelengkapan kerana kesaktiannya. Puteri Cahaya Khairani kembali ke pangkuannya. Terjadilah pertemuan menyayat hati antara sesama mereka dua beradik; Marakarma dan Puteri Mayang Mengurai (Puteri Nila Kesuma).



Baginda pulang ke negeri Puspa Sari dan mendapati telah ghaib. Menemui ayah dan bonda semula sebagai ‘Si Miskin’. Puspa Sari dicipta semula dengan hikmatnya. Isteri, adinda yang bersama suaminya dibawa menemui ayah binda di Puspa Sari.



Musuh tradisi, Maharaja Indera Dewa dari Anta Beranta menyerang Puspa Sari. Tercetuslah perang besarayng mempamerkan berbagai kesaktian. Marakarma menyeru hadir rakan –rakannya tujuh anak jin yang ditemui di Tasik Samudera Indera dahulu. Semuanya hadir membantu perang tanding ini. Maharaja Indera Dewa ditewaskan tetapi meminta nyawa Puteri Nila Cahaya. Antara rakan yang membantu ialah Raja Bujangga Dewa, saudara Puteri Cahaya Khairani. Raja Bujangga Dewa dikahwinkan dengan Puteri Nila Cahaya dan memerintah negeri Anta Beranta. Marakarma menjadi raja negeri mertuanya Mercu Indera sementara Mengindera Sari pula memerintah negeri asalnya, Pelinggam Cahaya.


Andreas Subekti/XIS3/3
Yohanes Eko Wicaksono/XIS3/34

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Hikayat Si Miskin"

Posting Komentar